Burung
May Allah Bless Us        Berhenti   Cuba lihat sekeliling & dengarkan,   Bunyi cicipan burung yang sedang merentasi langit biru   Apalah yang agaknya sedang dicari   Kemanalah agaknya ia merantau pergi   Apa dan kemana lagi kalau tidak kerana mencari rezeki     Burung   Boleh saja ia duduk di sarangnya   Menunggu makanan tiba   Kerana ia kan haiwan, tidak perlu mencari wang seperti manusia untuk membeli makanan   Tidak perlu meminta kerja sebagai punca pendapatan   Segala rezekinya Allah boleh beri sahajakan?   Kerana ia kan haiwan     Tapi tidak   Ia tetap keluar, terbang, bergerak mencari makanan   Untuk dirinya & anak-anaknya   Adakah mereka tahu ke mana lagi tempat harus mencari makanan?   Terbang lagi kesana, tiada   Sini pun tiada, dimana pun asalkan ada sesuatu untuk dibawa pulang   Mereka pun berusaha untuk memperoleh rezeki   Petang mereka pulang setelah berpenat lelah terbang di luar   Tiba masa untuk berehat     Tawakal & usaha itu seiring   Burung telah menjadi...