Burung

May Allah Bless Us


Berhenti
Cuba lihat sekeliling & dengarkan,
Bunyi cicipan burung yang sedang merentasi langit biru
Apalah yang agaknya sedang dicari
Kemanalah agaknya ia merantau pergi
Apa dan kemana lagi kalau tidak kerana mencari rezeki

Burung
Boleh saja ia duduk di sarangnya
Menunggu makanan tiba
Kerana ia kan haiwan, tidak perlu mencari wang seperti manusia untuk membeli makanan
Tidak perlu meminta kerja sebagai punca pendapatan
Segala rezekinya Allah boleh beri sahajakan?
Kerana ia kan haiwan

Tapi tidak
Ia tetap keluar, terbang, bergerak mencari makanan
Untuk dirinya & anak-anaknya
Adakah mereka tahu ke mana lagi tempat harus mencari makanan?
Terbang lagi kesana, tiada
Sini pun tiada, dimana pun asalkan ada sesuatu untuk dibawa pulang
Mereka pun berusaha untuk memperoleh rezeki
Petang mereka pulang setelah berpenat lelah terbang di luar
Tiba masa untuk berehat

Tawakal & usaha itu seiring
Burung telah menjadi satu contoh kepada kedua terma ini
Allah menyeru kita untuk mengamati alam ini dengan kaca mata yang jernih
Selalu kita melihatnya dengan logik akal atau pengetahuan
Betul, tidak salah
Alangkah lebih baik lagi disertakan dengan mata hati yang merefleksi pada setiap ciptaanNya


"Seandainya kamu semua benar-benar bertawakkal pada Allah, sungguh Allah akan memberikan kamu rezeki sebagaimana burung mendapatkan rezeki. Burung tersebut pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali petang harinya dalam keadaan kenyang."

Riwayat Ahmad (1/30), al-Tirmizi (2344), Ibn Majah (4164),
Ibn Hibban (730) dan al-Hakim (7894

Comments

Popular posts from this blog

Cerita Budak 2 Pointer

Further study: Master Degree - Part 2