Posts

Showing posts from September, 2022

39:53 | Bisikan rahmat

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum wbt & good day everyone Mungkin banyak perkara yang kita telah lakukan melebihi batas kehidupan ini. Sehingga kita tidak sedar yang kita telah menyakiti diri sendiri. Kita menyakiti agama dalam diri ini. Kita menyakiti orang disekeliling ini. Kita tidak sedar yang kita telah menyalahkan takdirNya, mempersoal segalanya sehingga diri diselebungi kemarahan, benci pada apa sahaja yang melintas dihadapan kita. Kini, hanya berada di sekitar ke"Aku"-an dan kita telah terlajak. Peluang? Layakkah aku menerima peluang? Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Az-Zumar (39):53 Namun pada akhirnya, kemarahan, kebencian yang kita berikan itu, Dia membalas dengan pujukan rahma