39:53 | Bisikan rahmat
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt & good day everyone
Mungkin banyak perkara yang kita telah lakukan melebihi batas kehidupan ini. Sehingga kita tidak sedar yang kita telah menyakiti diri sendiri. Kita menyakiti agama dalam diri ini. Kita menyakiti orang disekeliling ini. Kita tidak sedar yang kita telah menyalahkan takdirNya, mempersoal segalanya sehingga diri diselebungi kemarahan, benci pada apa sahaja yang melintas dihadapan kita. Kini, hanya berada di sekitar ke"Aku"-an dan kita telah terlajak.
Peluang?
Layakkah aku menerima peluang?
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Az-Zumar (39):53
Namun pada akhirnya, kemarahan, kebencian yang kita berikan itu, Dia membalas dengan pujukan rahmat. Membuka ruang untuk setiap diri kita. Apa yang terjadi itu adalah pengajaran dan pedoman. Dialah Yang Maha Mengampunkan. Meski kita rasa kecewa, patah hati dengan dunia mahupun diri sendiri, tapi janganlah berputus asa dari rahmat Allah. Rahmat Allah adalah tanda kasih dan cinta pada hambaNya. Dia amat mengerti apa yang kita sedang lalui kerana Dia Yang Maha Mengetahui. Ini adalah kitab Al Quran, yang pelihara sehingga ke hari kiamat dan peluang ini sentiasa terbuka dan ianya terbuka sejak 1400++ lalu. Pohonlah padaNya untuk diri sendiri.
Dengarkan bisikan rahmat 39:53
Comments
Post a Comment
lots of love