Cerita Budak 2 Pointer

May Allah Bless Us

Assalamualaikum wbt and yeay convocation is just around the corner..alhamdulillah, finally..
(penulisan dalam post ini telah ditambahbaik daripada yang asal 17/10/2013)


daripada tadika belajar abc, balik rumah ayah tanya: "dekat sekolah belajar ape hari ini"
aku jawab: "apa-apa je lah".  haha ๐Ÿ˜‚ Mungkin kerana kerap kali ditanya soalan yang sama.

6 tahun belajar di sekolah rendah. Nombor 1 2 3, bukan nama saya disitu. Sekiranya ada, ianya bagaikan satu keajaiban.hihi. Apabila saya terjumpa buku report sekolah, nombor semakin kebelakang tapi alhamdulillah keputusan UPSR membuatkan saya dan parents tersenyum.

5 tahun di sekolah menengah adalah tempoh masa untuk saya mencari apa yang saya minat serta mencari identiti diri sendiri. Oh, saya bersekolah 3 tahun di asrama penuh dan 2 tahun di sekolah harian biasa. Dalam tempoh ini adalah tempoh yang agak sukar untuk saya. Sangat sukar. Keputusan PMR & SPM tidak memberangsangkan, malah menurun.

1 tahun di matrikulasi pula adalah tempoh minda saya diuji dengan ketangkasan untuk menangkap pembelajaran dan perlukan pemahaman yang agak pantas. Memang menguji minda dan ketahanan mental. Tiada masa untuk nak bermain. Berkawan dengan budak-budak yang pandai, yang dapat 4flat, yang rajin study, yang nampak banyak main tapi bijak. Saya rasa saya sorang je yang blur disitu. Pointer  tidak pernah 3.00 ke atas. Sem 1: 2.98, sem 2: 2.78 CGPA: 2.88. ๐Ÿ˜…

Kemudian, alhamdulillah, rezekiNya saya sambung di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Ijazah Sarjana Muda Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti. Tak silap saya, ianya adalah pilihan yang agak bawah juga bila isi borang UPU. Atas-atas borang UPU saya memohon bahagian pendidikan tapi tak lepas interview disebabkan jawapan saya yang, bila saya fikir balik, kelakar juga cara aku jawab interview waktu itu.haha.

Diawal semester, pointer tak sampai pada 3.00..sejenis redha sahaja lagi ketika ini. ikut hang la nak dapat bape..asalkan jangan la 2.50 ke bawah hihi

Semester 2 adalah semester yang membuatkan saya tersentap dan tersentak. Pointer ketika ini jatuh ke 2.30. Terasa pukulan yang sangat kuat menampar diri sendiri ketika ini. Nak beritahu parents tentang result pun terasa sedih dan malu. Gelap seketika. Oleh itu, saya perlu buat sesuatu untuk semester akan datang kerana saya tidak boleh lagi memutar masa yang lalu, sejauh mana pun saya sesali dengan waktu yang saya luangkan ketika semester 2 ini.

Semester 3, saya ingin lakukan perubahan. Saya sibukkan diri, pergi jumpa lecturer apabila ada soalan atau assignment yang saya tak faham. Basically, saya adalah pelajar yang pasif dan tidak suka bertanya. Saya hanya menelan sahaja apa yang diajar oleh guru tanpa mempersoalkan banyak benda. Walaupun mungkin saya curious tapi curiosity saya tidak sampai tahap saya betul-betul ingin bertanya pada guru.

Namun kali ini saya perlu kedepankan diri saya. Saya tidak perlu menunggu orang lain. Saya perlu move forward. Lain macam sikit lah semester 3 punya semangat ketika itu dan alhamdulillah, untuk pertama kalinya pointer saya 3.50 atas sikit~hihi.Tak ingat dah berapa tapi atas sikit la daripada itu. Paras dean list di UMT adalah 3.50. Tak pasti sekarang dah naik atau masih sama. 

Pada saya, ianya adalah perbezaan yang sangat besar berbanding dengan angka pointer sem 2. Setelah itu, alhamdulillah pointer tidak pernah bawah 3.00. Oh kursus ini hanyalah 3 tahun, dan pada semester 4 CGPA saya masih bawah 3.00. Masih berbaki 2 semester untuk dapatkan CGPA atas 3.00. Walaupun keseluruhannya bukan ijazah kelas pertama tapi saya rasa bersyukur dengan usaha yang dilaburkan ketika itu.

Seingat saya, saya tiada jadual yang khusus untuk saya planning study. Pukul 9 or 9 lebih malam, saya akan buat ulangkaji sedikit sehingga jam 11 lebih macam tu. Bergantung kepada tahap penerimaan otak ketika itu.hihi. Saya ada buat jadual, tapi time boleh follow, saya follow. Saya akan siapkan assignment lebih awal sedikit supaya saya ada masa untuk buat perkara lain. Saya juga banyak ulangkaji sendiri ketika itu sebab kadang-kadang study group banyak berborak. Biasalah, keadaan tengah tense, borak pula, lagi tense rasanya.haha

Anda rasa apakah konklusi kepada semua cerita peningkatan pointer ini? hehehe
Oh mungkin sepatutnya soalan saya, anda rasa apa yang mendorong kepada peningkatan pembelajaran ini?

Adakah semangat yang berkobar-kobar? atau minat yang mendalam terhadap pembelajaran? cara guru mengajar?

Sebenarnya, ia bukanlah sekadar tentang semangat atau minat semata-mata. Apabila kita meletakkan semangat dihadapan, bila semangat itu jatuh, kita tidak akan melakukan apa-apa dan adakalanya mudah hanyut. Apa akan jadi bila kita tiada semangat?

Adakah minat? Minat terhadap course? Sesi pembelajaran? Guru? Apa akan jadi kalau kita hilang minat? Sejujurnya, saya tidak mempunyai minat yang penuh pun terhadap course yang saya ambil. Ada kursus-kursus yang saya tertarik untuk ambil tahu tapi tidak semua.

Tapi ianya didorong dengan "Why" and "Purpose". Kenapa dan Tujuan. Kenapa saya perlu berusaha lebih? Apa tujuan saya melaksanakan tindakan ini? 
Since bercerita tentang pointer dalam post ini, ketika itu adalah sebab saya nak graduate dengan CGPA 3.00 ke atas. Apa pentingnya CGPA ini bagi saya? Untuk saya letak dalam resume atau sambung belajar nanti.

Ask yourself about your WHY. What is your big WHY.
-Selit sikit, nak suggest buku Simon Sinek: Start with Why-

Bukan mudah untuk melakukan semua ini dalam masa 2 tahun. Kerana saya akui bahawa saya bukan pelajar yang cemerlang, bukan juga seorang pelajar yang aktif dan pemahaman saya terhadap pembelajaran sedikit lambat berbanding dengan yang lain. Orang dah faham, saya tak faham lagi.haha. Dan sebenarnya saya susah fokus. Ketika saya buat sesuatu, saya memikirkan sesuatu perkara yang lain sehingga menyebabkan saya tak dapat nak catch up banyak perkara. Saya cuba fokus tapi ianya memenatkan, fikiran saya tetap melayang. Dan saya terus mencuba.

Kalau kita tahu kenapa dan tujuan kita melakukan sesuatu, sama ada semangat ada ataupun tiada, minat ada ataupun tiada, kita tetap akan berusaha untuk execute plan dan tindakan kita, walaupun kita tahu ia bukan mudah. Walaupun sesekali mungkin terasa lelah tapi kita tidak berhenti. Yang kita perluka seketika hanyalah berehat, bukan berhenti.

Why kita adalah niat. Niat ini pula akan berasaskan kepada pegangan prinsip hidup kita. As a muslim, we need to hold on to islam. That is the base. 

Mungkin di universiti kita mengejar pointer kerana ianya membawa kredit dalam resume. Namun ianya juga bukanlah sesuatu yang perlu dihighlightkan/dibesar-besarkan sangat sehingga membuatkan kita menutup mata kepada kredit atau nilai-nilai lain yang kita perlu bawa apabila masuk alam pekerjaan nanti. Seperti soft skill (communication, interpersonal), ketersediaan atau membuka diri untuk belajar praktikkan knowledge dalam alam pekerjaan, technical skills etc.

Walaupun ada setengah yang menyatakan, pointer bukan lagi menjadi ukuran semata-mata oleh majikan untuk ambil pekerja tapi saya suka untuk tekankan bahawa, right now you need to do your best. Don't underestimate your future and sebenarnya you don't even know what your futures are going to look like. Sekarang kamu adalah pelajar. Lakukan yang terbaik sebagai pelajar. Sudah tentu kita akan fikirkan masa depan pekerjaan. Untuk masa depan itu, jagalah masa sekarang. 

Kerana Allah pun menyukai orang yang berusaha sehabis baik dengan apa yang dia sedang buat dan usahakan ketika ini. Apa pun posisi anda, buat yang terbaik dalam posisi tersebut. And if you want to achieve it, don't just dream about it but do it.

Rasulullah SAW bersabda di dalam sebuah hadis yang bermaksud: "Sesiapa yang pada petang harinya berasa letih daripada amal usaha yang dilakukan dengan kedua tangannya sendiri, maka dia pada petang itu telah diampunkan dosanya."  (Riwayat at-Tabrani)

Comments

  1. Yup.
    Susah nak kekalkan pointer apatah lagi nak naikkan.
    Tapi kita tahu usaha kita takat mana... =D
    Pernah kecewa dengan angka 2.95..... Bayangkan lagi 0.05 ja nak jadi 3...
    Tapi redha.. ada rezeki, adalah......

    Good luck for your future undertaking. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2.98. Lagi nak nangis ๐Ÿ˜ญ ada harapan tak by the end dapat 3.25 atleat

      Delete
    2. kalau sem 1 dpt 2.26 mcm mna nk buat? sy rasa dh down๐Ÿ˜Œ

      Delete
  2. bese la tu..sikit je lagi..rasa macam nak mintak dekat akademik je naik kn jd 3.00 ye dok..
    hahahaha.insyaallah..tq..and do ur best for final year..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pointer 1.6 sem satu dan berapakah pointer yanag patut saya dapat untuk dapat pointer 2.8 keseluruhannya.

      Delete
    2. takpa. just do your best. study betul betul abaikan benda benda lagha. nak exam, please study sampai dapat. dah jawab exam baru puas. do your best saya percaya awak boleh
      buat

      Delete
  3. wahh rasa cm smgt trus nk blajar..aku da 2 tahun kat u..asyik 2.5,2.7,2.3..xpnh dpt 3 ats..sob3

    ReplyDelete
  4. Bro,.thanks for sharing this. i experienced that before. i finished my diploma with CGPA 2.67 what the heck. LOL honestly i'm kind of less motivated person! but now,. i did changed *a little* LOL now i'm in my third semester. 1st semester i got GPA 2.89, 2nd semester i got CGPA 3.68. I'm so freaking scared right now,. i kept googleling on how to maintain my CGPA, now, i found your blog, it really help me much to keep believing myself i can do it,.!! anyway you're superb,. from 2:50 boosted up to 3.50!! that's amazing.. congrats bro. ;) wink2 hehe

    ReplyDelete
  5. Thanks to u too bro,my first semester like hell i only get 2.23 pointer..
    i very sad, i feel like don't want to go on, but when i found this blog, i fell like theres is a big hope for to get 3.++.. thanks a lot better fall at first step then the final step.. i will never give up. Now i know what i have to do.

    ReplyDelete
  6. salam, cmna ye awak boleh naikkan pointer drpd 2 ke 3.0. sb sy rasa down sgt2 bila dpt pointer 2.78 pada sem 1 first year. masih ada peluang ke untuk sy naikkan pointer utk 7 semseter yg berbaki ni.

    ReplyDelete
  7. Tahniah alibi .
    Betul lah alibi gitau , nak cari minat tu susah . Sy ni pun sampai ke tahap degree tak tau minat ape lg . Belajar pun belajar jelah . Sampai satu tahap . Hari tu mase sem 1 3.5 sem 2 3.06 sem 3 1.9 sem 4 1.6 . Ade dua repeat nasib tak kena tendang je . Kira sekarang tak fikir dah minat mane minat ape ke . Y penting nak habiskan , walau x minat kalau usaha tu boleh walau pedih . Course sy agak mencabar . Bahasa arab pure . Hehe . Utk org y minat , dia boleh ah ckp , kalau study confirm dpt tinggi , utk org yg tak minat ni . Sy boleh rasa mcm mana perasaan tu . Ape pun skrg ni . . Fikir nak habiskan & cara nak score balik . Blog ni sangat2 bg inspirasi . Tahniah .

    ReplyDelete
  8. Nice entry! Thank you so much!

    ReplyDelete
  9. kalau contoh lah sem 1 pointer 1.95 je tapi kalau next sem nak pointer 3 keatas boleh ke

    ReplyDelete
  10. Saya memang target asal lulus sem 1 ni, kena bodoh dgn family :)

    ReplyDelete
  11. Allahu Skrg dah sem 3 br sedar cgpa tu penting,selalu fikir bg lulus je๐Ÿ˜ญ nak naikkan balik pointer,lg meningkat sem lg mencabar subjek๐Ÿ˜ญ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi ada sem utk smpai ke final PERCAYA , USAHA, DOA & TAWAKAL naikkan pointer. Tukar mindset cpt2, KEEP CALM BECAUSE PAIN IS PROGRESS.

      Saya pernah bermalas2 nk bwt fyp dah smpai akhir sem xsempat nk drop subjek fyp..nak tak nak kena repeat. Pointer jatuh teroks laa jgk. Next semnya saya teruskn dan kuatkn semngat bwt fyp smpai abis. Alhamdulillah FYP lulus smpai Sv suruh join pertandingan bgi project ni di Universiti berbeza. Doakn selepas practical pointer saya akan okay semula dan akan graduate dgn jayanya. Amin . Semoga doa yg baik2 berbalik pada yg mmbaca. Tq

      Delete
  12. Sem 4 ni sy dpt pointer 2.48. pointer sy paling rendah n cgpa 3.06. Takut tak sempat catch up ๐Ÿ˜ญ

    ReplyDelete
  13. Sem 4 ni sy dpt pointer 2.48. pointer sy paling rendah n cgpa 3.06. Takut tak sempat catch up ๐Ÿ˜ญ

    ReplyDelete
  14. Sem 4 ni sy dpt pointer 2.48. pointer sy paling rendah n cgpa 3.06. Takut tak sempat catch up ๐Ÿ˜ญ

    ReplyDelete
  15. Sem 4 ni sy dpt pointer 2.48. pointer sy paling rendah n cgpa 3.06. Takut tak sempat catch up ๐Ÿ˜ญ

    ReplyDelete
  16. Ok thanks bagi semangat.. Btw skrg dh nk msuk tahun 2022

    ReplyDelete
  17. First sem saya dapat 2.85 je rasa down sangat sbb tau susah nak naikkan balik๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ Teringin nak merasa dekan tapi tula sem 1 kelas online memanjang exam kelaut....

    ReplyDelete

Post a Comment

lots of love

Popular posts from this blog

Further study: Master Degree - Part 2