Further study: Master Degree - Part 2

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt & good day everyone


Entry ni adalah sambungan kepada entry lepas: Further study: Master Degree - Part 1

Pada awalnya, saya mempunyai bayangan yang ideal terhadap perjalanan master ini. Idealnya adalah tak banyak circumstances yang akan berlaku, yakin akan habis dalam masa yang ditetapkan ataupun dipanggil Gradute on Time (GOT) since saya sambung dalam mod Research. Oh btw, untuk sambung Master di Malaysia ini, ada mod belajar seperti dibawah:
 
a) Research - buat kajian tanpa ada sebarang kelas
b) Coursework - kerja kursus, masuk kelas, ada exam juga macam degree, buat final year project
c) Mix mode Research & Coursework
d) Mod eksekutif -  Basically untuk orang yang bekerja dan nak sambung belajar, so kebanyakan universiti tawarkan mod ni. Kelas hujung minggu sahaja. Exam, ada course yang ada exam ada yang tak ada. Depends on program yang univerisiti tawarkan.

Mod (A) ni perlu menyusun masa & cara belajar sendiri. Inisiatif sendiri juga untuk masuk dalam kelas mana-mana untuk dapatkan kefahaman asas bagi bidang tersebut. Sooo basically, independent lah. During my period of study, lots of things happened. The ups and down in life and end-up mengajarkan saya erti "kehidupan". Which is, beyond my expectation. Dan setiap orang itu, ada jalan ceritanya yang berbeza-beza. Financial problems, relationship with sv, friendship, environment, support system, experiment problems, writing, and the list goes on.


Untuk mulakan sesuatu bidang, perlu ada asas, sekurang-kurangnya basic knowledge. Saya boleh katakan bidang yang saya ambil dengan tiada basic knowledge mengenai sains marin seperti nak melangkau satu jurang yang agak besar tapi kaki pendek. Begitulah bak katanya. Tak familiar dengan terms, alat-alatnya dan tak pernah terbayang akan merantau dengan kapal. Duduk di tengah laut semata-mata nak dapatkan sample. Alhamdulillah tak mabuk laut.heeee.Bermalam di lautan yang terbentang luas, ada tempat berlabuh yang memang tak nampak darat. Bahagian ni macam seronok sikit sebab macam pergi vacation gitu.hahah. Tapi lepas balik je daripada sampling, memang kena terus masuk lab buat kerja lab. SV juga ajarkan kami untuk tidak bertangguh.-kadang penat & bebel juga.haha-

Banyak sangat perkara yang perlu belajar waktu ini. Soft skill & hard skill. Tipulah kalau tak terfikir ingin berhenti sebab tak mampu nak teruskan dengan tiada ilmu asas bidang ni. Saya akui saya rasa saya terlalu slow berbanding dengan teammates yang memang belajar bidang sains marin. Beberapa kali saya cuba beritahu sv kondisi saya sampaikan pegang Al Quran masuk bilik dia. Kemudian, dia minta saya balik, rehat dan tidur sebab saya stress sahaja katanya 😂. Namun saya kata dekat diri saya, saya boleh habiskan. Saya bersangka baik sahaja dengan rancangan Allah ketika itu. Namun ada beberapa circumstances yang berlaku lagi dalam kehidupan membuatkan saya tidak terurus.


Blank dan tak tahu perlu buat apa. To make it short, despite the adversity, alhamdulillah Allah izinkan saya graduate setelah 5 tahun pembelajaran. GOT untuk master adalah dalam tempoh 2 tahun. Maka saya tak dapat GOT yang ditetapkan oleh pihak U tapi saya GOT pada masa yang Allah izinkan. Setiap penghujung tahun mengharapkan graduate, tapi Allah tahu yang terbaik buat hambaNya. Rasa freedom tu, wahhhh.hahaha. Maka total tahun duduk di Terengganu adalah 9 tahun daripada degree.

During that period, banyak kali saya bertanya pada diri sendiri, kenapa aku memilih jalan ini? Kenapa, kenapa, kenapa dan kenapa? Disebalik perjalan master yang agak lama dan mencabar itu, dan apabila refeleksi semula, adalah Allah menunjukkan jalan "asas" untuk mengenal erti kehidupan yang sebenar. Pengenalan kepada tarbiyah atau didikan yang isinya adalah "back to Allah".

Bagaimana kita ingin hidup dengan baik tanpa ada asas. Walaupun tahu solat, puasa, zakat, rukun islam dan iman, namun bukan sekadar itu yang menjadikan kita sebagai muslim. Ianya juga merangkumi cara pandang dan cara fikir kita yang mostly mempengaruhi pelbagai aspek dalam kehidupan. Emosi, ketika buat decision, ketika ujian datang bertimpa-timpa. Maka tarbiyah ini telah banyak merubah cara fikir dan pandang terhadap kehidupan. Basically belajar mendewasakan diri bersama dalam mengenalNya. Seperti awal cerita master saya tadi, maka saya refleksi juga terhadap perjalanan kehidupan ini. Back to basic.

Kita kaji bukan sekadar kaji,
Kita belajar bukan sekadar belajar
Because at the end, adakah apa yang kita lakukan ini membuatkan kita dekat pada Dia atau jauh? Kerana beza orang muslim yang belajar dan mengkaji berbanding dengan non-muslim yang belajar dan mengkaji.

Walaupun terasa lega kerana akhirnya boleh konvo juga, namun perjalanan mengenal Dia lebih bermakna dan mendalam buat diri ini. Siapa sangka perjalanan konvo yang tertangguh, yang tidak tahu mana lagi silapnya, rupanya adalah masa dan waktu untuk belajar dan mengenal Dia. Dan ini juga adalah antara sebab kenapa masih bertahan untuk continue habiskan master. 



However, kita perlu lakukan yang terbaik. Kalau boleh, nak GOT. Our effort adalah ikhtiar kita. Jangan pula berserah sebulat-bulatnya dan mengharapkan magic akan berlaku hahaha. Ikhtiar tu bukan dengan hati. Ikhtiar tu dengan perbuatan dan usaha (Ustaz Hanan Ataki). Hati digunakan untuk tawakal


For those yang sedang continue study or whatever phase in your life right now, ambil masa sekejap bertenang dan fikir tentang perjalanan hidup ini. Jalan yang kita lalui ini adalah antara Dia & diri kita.



Have faith and best of luck!



Comments

Popular posts from this blog

Cerita Budak 2 Pointer