Hasil usaha dan Kecukupan

May Allah Bless Us

Assalamualaikum wbt & good days..
hopefully today is your good day, insyaallah.



Kebiasaannya pada umur 20 ke atas, kita pasti akan terfikir tentang alam pekerjaan dan juga bagaimana untuk kita cari hasil pendapatan.
Kebiasaannya lepasan SPM kita pasti akan rasa macam ingin bekerja sementara menunggu tawaran sambung belajar.

Kita akan sentiasa berfikir, "macam mana aku nak buat untuk tingkatkan hasil pendapatan supaya cukup untuk menampung hidup ni?.nak makan.nak minum.bil-bil.kahwin.ihik"
persoalan kita didunia ini hanya soal wang wang wang wang.duit duit duit.
no money no talk bebeh~~

Islam sangat menyeru manusia dan mewajibkan manusia untuk cari hasil pendapatan tanpa bergantung kepada orang lain.Seperti salah satu hadis  yang terkandung dalam Riyadhus Shalihin:

"Miqdad bin Ma'dikarib ra. meriwayatkan dari Rasulullah SAW bersabda; Tidaklah seseorang memakan makanan yang lebih baik daripada ia memakan hasil kerja tangannya sendiri." (h.r. bukhari)

Itulah sebaik-baik hasil usaha yang kita lakukan.Hasil usaha kita sendiri.
Mesti kita rasa puas hati dengan usaha yang kita dah buat dan membuahkan hasil sangat memuaskan.Mesti rasanya syiok bangat~~
Kerana kita rasa kepayahan untuk memulakan dan mengharunginya.Keringat yang kita keluarkan seperti tidak menjadi satu usaha yang sia-sia.Allah pasti memberi ganjaran kepada mereka yang berusaha dengan bersungguh serta bertawakkal kepadanya.

Seperti orang yang bersusah payah menanam padi dengan orang yang membeli beras.
Si penanam perlu menjaga padi-padi itu sihat dan tidak dirosakkan oleh serangga perosak untuk menghasilkan beras yang elok untuk dijual kepada si pembeli beras.
Adakah si pembeli beras itu tahu bagaimana si penanam padi itu bersusah payah menjaga padinya?
Dia beli je beras.Kisah apa ork.


Hasil usaha itu hendaklah dibahagikan ke jalan Allah swt, keperluan hidup, keperluan masyarakat.
Hasil usaha jangan tamak seorang diri.

Dan sebab apa kita perlu berusaha untuk semua ini.?
Untuk kecukupan hidup kita.
Kecukupan dari segi segalanya.betul dok?

Namun, manusia sekarang ni, berusaha untuk melebihkan kecukupan yang terlebih cukup.
Kadang-kadang aku melihat manusia-manusia ini, "apa lagi yang tidak cukup?"
Kereta ada.-BMW lagi tu-
Motor ada.-Berkuasa tinggi pula tu-
Rumah ada.-Dua tingkat, banglo, siap ada bibik lagi tu-
Pakaian ada-Yang rm10 memang tak pandang ler-
Kasut ada.-Jalan sana sini bunyi 'tak tak tak'-
Makanan ada.-Makan dekat hotel.tak main ler kedai tepi jalan-

Kalau semua ini kamu ada, apa yang kamu tak dek?

Segala-galanya kamu fikir tak cukup.memang tak cukupla.itulah nikmat yang kamu tidak syukur.

Bab Hasil usaha tu dah biasa and ramai yang dah tahu macam mana nak berusaha semua2 tu.
Tapi ramai yang berfikir hasil usaha itu adalah untuk menjadi kaya raya.Ramai yang memilih untuk hidup mewah dan senang.
tapi tidak ramai yang memilih hidup yang bersederhana.

yelah, rezeki setiap orang berbeza-beza.
tapi kita harus bijak dalam membahagikan rezeki untuk keperluan yang patut.
apa yang kita dapat itu juga adalah untuk mereka diluar sana yang memerlukan bantuan kita yang dah terlebih cukup ni.

Kenapa Islam tidak mengajarkan kita untuk mengejar kemewahan?
Bila kita hidup mewah, sifat nak menunjuk2 itu tetap ada.Pasti ada rasa ingin bermegah-megah dengan apa yang dia bawa, apa yang dia ada.
Kita boleh lupa dan alpa tentang akhirat.Kita boleh jadi seorang yang tamak haloba dengan harta dan kuasa.
Itulah realiti dunia.



Oleh itu, hasil usaha dan kecukupan ini jangan disalahgunakan dan jangan disalah ertikan..
tiada salah hidup dalam keadaan yang serba serbi sederhana.Bersyukurlah atas apa yang Allah telah beri.Dia memberi setimpal dengan apa yang kita usaha.Insyaallah.

nota kaki:
bukanlah seorang yang pandai dalam perniagaan.cuma share apa yang saya dapat ketika berbincang mengenai usul 20 imam hassan al banna.
setiap orang punya pandangan masing-masing.insyaallah.
Ma'assalamah wa ilalliqo'.


Comments

Post a Comment

lots of love

Popular posts from this blog

Cerita Budak 2 Pointer

Further study: Master Degree - Part 2