Study Tips: From 2 pointer to 3 pointer
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt & good day everyone
Entry kali ini adalah sambungan daripada entry yang sebelum ini which is: Cerita Budak 2 Pointer (klik link for more). Since i've been received few emails tanya tentang bagaimana untuk tingkatkan pointer daripada 2 pointer kepada 3 pointer.
Saya tiada spesifik kiraan dari segi jam kredit dan berapa A patut dapat dalam satu sem. Kalau dapat guide untuk itu, saya rasa memang sangat membantu. Sebab let's say kalau jam kredit sikit, subjek ada dalam 6 or 7, then tiba-tiba satu subjek dapat C, pointer boleh drop dengan banyak jugak. Style saya adalah target jangan B- ke bawah untuk setiap subjek.
So saya kongsikan dekat sini beberapa tips yang saya pernah cuba. However, this is based on my experienced. Setiap orang mempunyai cara yang berbeza-beza and you may choose mana yang korang rasa bersesuaian dengan korang punya style study.
------------------
1. Prepare a schedule & discipline yourself
As a Uni student, jadual kita tidak sama setiap hari. Adakalanya kelas pada waktu malam, pagi tiada kelas, atau seharian tiada kelas. Prepare a schedule yang bukan hanya ada jadual kelas korang sahaja tapi juga jadual untuk korang buat study revision & try to be disciplined with the schedule. Sometimes akan ada hari yang kita deviate daripada schedule tu dan itu adalah normal. Cumaaa ensure that you can keep on track as soon as possible.
It's ok to take a rest for awhile from the routine but not too overwhelmed with it.
2. Notes & summarization / annotation
Kalau style saya, saya suka salin semula nota dan lecture dalam bentuk yang saya faham. Saya lebih sukakan bullet point instead of tulisan panjang-panjang. But somehow, for terms definition perlu tulis penuh (paling tak suka nak hafal definisi 😬.haha). Kebiasaannya student perempuan rajin buat annotation dan salin semula notes. Tapi saya tengok student lelaki pun ada juga yang buat, cuma tak ramai.
Basically, ianya membantu untuk summarizekan apa yang kita faham. Tanya juga pada kawan-kawan kalau mereka pun faham perkara yang sama. Kalau sama-sama tak faham, rujuklah pada yang pakar.haha.
image source: https://jenniferfindley.com/annotating-tips-for-close-reading/
3. Wujudkan persoalan & cari jawapan or dig deeper
Saya seorang yang pemalu & diam apabila berada dalam kelas. So kalau ada perkara yang tak faham, saya bukanlah orang yang akan angkat tangan dan tanya terus pada cikgu. Tanya di luar kelas pun tidak.hihi. Tapi sejak 3rd semester tu, saya beranikan diri pergi jumpa lecturer untuk bertanya mengenai assignment atau beberapa soalan yang saya tak faham. Oh saya tak tanya dalam kelas, saya lebih suka tanya secara 1:1.
It depends on setiap orang punya preference. Yang penting adalah teruskan mencari jawapan kepada setiap persoalan yang timbul dalam benak fikiran.hiii
4. Exercise
Bila nampak sahaja perkataan exercise mesti macam "tidak mungkinnnn~". Haha. Faham sahaja.
Instead of exercise, boleh buat briswalking or stretching or at least keluar lakukan aktiviti yang lain. Kenapa saya masukkan ini sebagai tips?
Sebab beraktiviti, mengeluarkan peluh, melihat pemandangan lain membantu otak kita untuk berfungsi dengan lebih baik. Kita tak nak terjadinya burn out atau terlalu stress sebab banyak sangat input yang masuk sehinggakan otak kita tak mampu nak proses sesuatu perkara dengan baik. Ianya juga penting untuk emosi dan mental kita.
5. Spiritual
Perkara yang paling penting adalah spiritual kita. Solat 5 waktu perlu dijaga. Saya pernah dengar cerita ada pelajar yang sangat kuat study sehinggakan terlepas waktu solatnya. Betul belajar itu adalah ibadah tapi apabila tibanya waktu solat, maka kewajipannya adalah solat dahulu. Jangan sampai bertangguh lama dan tertinggal.
Add on juga solat sunat yang lain, solat hajat, solat dhuha, solat taubat etc. Mohon kepada Allah agar diberkahi ilmu yang kita belajar dan semoga ilmu ini bermanfaat untuk orang lain juga. Kalau tidak mampu buat setiap hari, boleh mula dengan sikit-sikit tapi konsisten. It's ok because you know your own pace.
The most important things about spiritual ini adalah bukan sekadar kita ingin memohon kepada Allah untuk dapat keputusan sekian-sekian tapi juga kerendahan hati dan kefahaman ilmu. Apa yang kita belajar sekarang pun adalah ilmu daripadaNya. Kita bermula dengan tidak tahu apa-apa kepada tambahnya beberapa pengetahuan dan masih banyak lagi perkara yang kita tidak tahu. Jaga hubungan dengan Allah, insyaallah Allah akan jaga hal-hal yang lain.Weeee
-----------------------------
Sooo I guess it's enough to share with you guys these 5 simple tips. You need to figure out which way is the most suitable to your style. Oh saya terlupa nak masukkan, environment. Environment pun penting untuk wujudkan persekitaran yang membuatkan kamu boleh belajar. Sometimes environment tu kita tak perlu cari tapi kita perlu create.
Buat yang sedang struggling & hustling untuk tingkatkan pointer anda, don't give up too early. There's always a chance to keep it up. Walaupun ramai yang kata pointer sekarang tidak penting tapi walau macam mana sekalipun kita perlu buat yang terbaik diposisi kita sekarang ini iaitu as a student. Kita tidak dapat melihat masa hadapan dan rezeki kita macam mana. Tapi kita mampu untuk mengawal & membuat yang terbaik untuk masa sekarang ini.
All the best.
화이팅, 여러분
할 수있다!
Comments
Post a Comment
lots of love