Further Study: Saintis Islam & Refleksi

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt & good day everyone

Seperti yang saya pernah beritahu dalam post-post sebelum ini, saya ambil jurusan Master of Science - Remote Sensing: Oceanography.  Keywords yang saya boleh keluarkan untuk memberikan gambaran dalam bidang ini adalah, chlorophyll (Chl), plankton (pencuri krabby patty.hahaha), satellite, mapping, temperature, warna (colour, 색깔 (saegkkal)). Mungkin setakat ini itu sahajalah untuk mudah faham. Secara khususnya tertumpu kepada bio-optic, perhubungan antara biologi dan fizik. Maka jelaslah teramat menyimpang daripada bidang yang saya minati iaitu plant taxonomy haha 😂. Saya pun tak boleh nak brain pada awalnya.hiks. Kalau di luar negara, bio-optic ini agak meluas juga tapi di Malaysia masih lagi di tahap permulaan dan sv saya mencari perintisnya.heee




Plankton ini ada banyak. Spesifiknya saya mengkaji phytoplankton size classes, 3 size classes iaitu microplankton (200um - 20um), nanoplankton (<20um - 2um) and picoplankton (<2um). Ada lagi yang lebih kecil dipanggil ultraplankton etc tapi saya tak sampai tahap itu. Cukuplah 3 itu sahaja, master je pun hihi. Walaupun berkaitan dengan satellite, masih perlu pergi sampling ke laut. Ambil air laut daripada beberapa tahap kedalaman dan kemudian perlu tapis untuk dapatkan sample. Yup, sebab ianya ada kaitan sikit-sikit dengan biologi, so that's why. Makanya, apa ada pada phytoplankton ini selain daripada menjalankan misinya untuk mencuri resipi krabby patty daripada mr.krab hahaha. Ibarat tumbuhan didaratan. plankton ni ada Chl. So dia menjalani proses photosynthesis di lautan dan menjadi makanan kepada spesis lautan yang lain termasuklah ikan paus.#tiber

http://detroitaquarium.weebly.com/food-chains.html


Tanpa plankton ini, spesis lautan takkan dapat sumber isi perut mereka serta oksigen yang mencukupi. Oh kalau ikutkan size plankton yang saya sebutkan diatas, kalau micro- boleh lah lagi nampak dengan mata kasar secara dekat tapi kalau kecil daripada itu, kenalah tengok bawah microscope. Nampak depa bergerak-gerak.


https://examdegree.com/phytoplankton-in-depth-factors-affecting-their-biodiversity-and-distribution/

Melalui tapisan air atas filter paper tadi, kita perlu extract pembacaan Chl menggunakan spectrophotometer. So daripada situlah, kita perlu masukkan dalam algorithm-algortihm untuk buat mapping Chl. Sounds scientifically technically kan? hihi Tapi sebenarnya saya cuma make it short. Because my main point is not about the whole project. Jom kita buat sedikit refleksi bersama.

kena tapis air pakai filter paper ini. filter paper ni pun ada pelbagai size.

Sebelum saya buat research ini pun saya tidak terfikir apa. Hanya sekadar research, by right. But then, saya mula tertanya, how these tiny little creatures are so important to us? We don't even know about their existence until late Stephen Hillenburg (a marine biologist yang create cerita Spongebob Squarepants tu) introduce it. Yet, kita masih mengenal plankton ini hanya ada satu spesis bermata satu yang tidak berputus asa untuk mencuri krabby patty mr.krab tapi tidak menyatakan fungsinya dan identitinya secara betul. haha. Mungkin late Mr.Hillenburg ini hanya ingin membuat cerita yang kelakar. Yettt he is still a scientist,  he studied marine. That's why he came up with "who lives in the pineapple under the sea, Spongebob Squarepants!".lol. Tujuannya adalah untuk menghiburkan orang. Tak dapat dinafikan ada value-value yang boleh diambil seperti persahabatan, semangat & tidak putus asanya plankton itu, kepandaian tupai itu (lupa nama dia) dalam handle masalah. Tapi kita boleh pergi jauh lagi daripada itu.




Anyway, let's look into how a muslim scientist should reflect & relate this into our life. Kita percaya bahawa tiada penciptaan yang Allah ciptakan didunia ini adalah sia-sia, hatta lalat sekalipun. Pasti ada fungsi dia. Bayangkan kalau plankton ini tiada di laut, kerana ini adalah sumber makanan ikan, sotong, udang, etc. Mereka tiada makanan, tak dapat hidup dan berkembang maka kita pun tak dapat sumber makanan daripada lautan untuk tenaga kita. Selain itu, untuk ambil carbon dioxide (CO2) pun. Tumbuhan didarat sahaja sudah berkurangan. Kita tak mampu pun nak menjaga plankton-plankton ini dilautan. Yet macam mana nak jaga dengan lautan terbentang luas dan makhluk yang kecil ini. Tapi Allah Maha Berkuasa perintahkan makhluk ini untuk menjalankan fungsi dia supaya manusia dapat manfaat. Dapat makanan.


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.
2:164

Semuanya adalah untuk kita. Jadi sebenarnya plankton itu adalah makhluk yang sangat baik dengan menurut perintah Tuhannya. Betul tak? Jadi refleksi dan muhasabah kita adalah back to Allah. Dengan wujudnya makhluk atau binatang yang sangat halus ini, membuatkan kita rasa merendah diri terhadap nikmat yang Allah berikan. Kedengaran seperti klishe tapi that's how a muslim should react with science. Scientist would go deeper into any theories and process. Would questions and search for an answer through a research, for themselves. Ya betul untuk diri sendiri tapi untuk kita as a muslim scientist, it is to make us feel humble in front of our creator. The more we dig deeper into the nature, the more humble we should be in front of Our Creator. 

Bak kata Ustaz Hasrizal dalam bukunya, Seni Berfikir Yang Hilang; 
Apabila belajar sains misalnya, Saintis akan mengeluarkan teori tertentu tentang alam dan kita pula menyandarkan teori tersebut kepada apa yang Allah swt nyatakan. Ayatnya mungkin sama, tetapi disebabkan sandaran kita adalah pada wahyu, maka kesannya berbeza dengan orang yang memandang alam sekadar alam. Zikirnya, mengukuhkan fikir. (ms/27) 

sumber: imanshoppe

Kalau dengan cara kita fikir dan pandang kehidupan ini adalah back to basic, bayangkan cerita & role plankton dalam Spongebob boleh ditambah baik lagi, haha. Risau pula ada yang buat troll nanti tapi lebih kurang begitulah. If not, kita akan hanya nampak surface sahaja, tujuan dan matlamat kita pun akan jadi surface sahaja. Sedangkan ilmu itu, if kita timba dan cari lagi, ianya akan membuatkan kita lebih dekat dengan Allah. it's a fun fact. 


Be a muslim scientist, not just a scientist. 



--






Comments

Popular posts from this blog

Cerita Budak 2 Pointer

Further study: Master Degree - Part 2