Lalang

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalamualaikum wbt & good day everyone

Bila ada masa 'pause' yang Allah beri sebentar dalam kehidupan ini, banyak perkara yang saya refleksi. Disamping mempunyai ruang untuk membaca & berfikir banyak perkara tentang kehidupan. Recently saya berminat dengan topik prinsip & pendirian. Mungkin juga sebab saya sedang membaca buku berkaitan dengan perkara ini. Apabila membaca & mendengar kisah-kisah orang yang mempunyai prinsip & pendirian, terasa sangat termotivasi.

Saya pun tertanya pada diri sendiri, adakah selama ini saya hanya menjadi lalang yang tidak mempunyai prinsip & pendirian?

Lalang akan bergerak ikut arus angin tanpa bantahan. Angin datang dari barat, maka ke baratlah ia pergi. Angin datang dari timur, ke timurlah ia pergi. Tidak pula ia berusaha untuk mempertahankan dirinya daripada megikuti arus angin tersebut. Begitulah saya membuat perumpamaan untuk merefleksi diri sendiri.

Bukanlah kerana ingin mengkhianati 'angin' tanpa sebab atau pegangan yang kukuh. As a muslim, kita perlu tahu apakah pegangan dan kepercayaan kita untuk menetapkan pendirian dalam kehidupan ini. Dalam islam, prinsip kehidupan ini amat jelas. Cuma kita perlu belajar bagaimana untuk hidup dengan prinsip yang telah ditetapkan ini.

Terdapat beberapa kisah barat yang saya baca, mereka semua ada prinsip & pendirian yang jelas terhadap kehidupan ini. Namun, ianya sampai didunia ini sahaja. Tiada kehidupan selepas mati. Disebabkan mereka jelas dengan pendirian mereka, mereka sangat berani dalam membawa diri kehadapan.  Basically banyakkan video yang kita tengok keberanian mereka ini, tapi mereka hanya bergantung kepada diri mereka sendiri.

Apabila kita hayati kisah-kisah sahabat dan Rasulullah saw itu lebih hebat prinsip dan pendiriannya. Sehingga berdoa agar nyawa mereka diambil, ambillah telinga, hidung sebagai saksi disyurga nanti demi mempertahankan agama ini. Berpegang pada prinsip agama ini, lebih mengukuhkan pendirian seseorang kerana kepercayaan yang dipegang adalah berlandaskan keimanan kepada Yang Maha Esa.

Oleh itu, as a muslim,  kita tidak boleh menjadi lalang. Setiap individu itu perlu tahu kepada apa dia berpegang kepada prinsip kehidupan ini. So that we can stand firm even if the world against us.

#selfreflection #2cents
#menasihatidirisendiri #ayuhlahhhh

Comments

Popular posts from this blog

Cerita Budak 2 Pointer

Further study: Master Degree - Part 2