Personal tips masuk U

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt & good day everyone

| Selamat masuk U |

To all adik-adik (fefeeling kakak2.hahaha) selamat masuk U. Selamat belajar dan menerokai ilmu seluas lautan (tiba slogan UMT.haha.). Buatlah yang terbaik sebagai seorang pelajar. Banyak pengalaman sewaktu belajar ni, kita perlu ambil. Belajar mengenai diri sendiri dan orang sekeliling.

  1. Bekerjasama in group assignment
Ada group assignment, bekerjasamalah dengan baik antara ahli kumpulan. Be involved in completing the task. Attitude yang kita bina ketika bekerja dalam berkumpulan ini sangat membantu dan memberi kesan terhadap bagaimana attitude kita dalam alam pekerjaan nanti.

  1. Selesaikan assignment awal waktu
Sekiranya korang nak aktif masuk dalam pelbagai aktiviti or program di peringkat U, siapkan assignment diawal waktu terutamanya assignment individual. Supaya korang boleh spend waktu untuk program lain. You need to have that balance.

  1. Build connection
Kadang-kadang student segan nak build connection dengan lecturer or staff tapi sebenarnya ianya sangat membantu korang untuk faham sesebuah subjek or environment there. Kadang-kadang boleh dapat overview pengalaman dyorang bekerja. So yeah, build connection.

  1. Build your potential and skills
Involvekan diri untuk masuk dalam pelbagai jawatankuasa supaya korang sendiri boleh explore skills dan potensi dalam diri korang. Skills dan potensi yang dibina ketika join program ini membantu untuk build career nanti. Tapi suka untuk saya ingatkan bahawa bukan semata-mata jumlah program yang kita join tapi skills yang dibina.

  1. Find a good circle
Bila masuk ke alam U ni, yang paling penting adalah korang punya social circle. Ensure that you have a good circle that supports your growth, physically and spiritually. I think that there's a lot of seniors that are willing to help you there, for example daripada muslimproaktif, iman moment, dzilal resources etc. 

So korang boleh reach out seniors ni untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang program dan aktiviti yang akan dijalankan. I believe that they are willing to help you guys to adapt with the new environment and other stuff as well.

I think that's enough tips from me I guess. I hope it helps a little bit. Happy belajar semua.



Comments

Popular posts from this blog

Cerita Budak 2 Pointer

Further study: Master Degree - Part 2