Tentang Memilih

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt & good day everyone

Dalam kehidupan ini, kita sentiasa berhadapan dengan pilihan. Even nak memilih small things for example, nak pakai baju mana, brooch mana satu, kecik atau besar, nak makan apa (soalan paling susah nak dapat jawapan yang firm.hahaha), dan macam-macam lagilah. Sehingga kepada pemilihan perkara yang memberi kesan besar terhadap kehidupan, contohnya, karier, pasangan, tempat tinggal, kenderaan, investment, financial, etc.

Baru-baru ini juga saya berhadapan dengan pilihan karier. Syarikat dan kerjaya yang mana perlu saya pilih. It's quite a tough decision juga nak buat. Perlu timbang tara perkara at the present & future as well. Perlu timbang tara juga antara career development & what I want to keep for myself.

Istikharah. Sudah tentu. Tiada tempat lain yang kita boleh minta jawapan melainkan hanya kepada Allah Yang Maha Mengetahui & Mengatur urusan hambaNya. Sepanjang masa yang diberikan untuk menetapkan jawapan, saya tak hanya duduk bersahaja dan beristikaharah dengan mengharapkan Allah memberikan petunjuk melalui rasa hati atau mimpi.huhu. By the way, mimpi tu bukanlah semata-mata petunjuk dari Dia.hiiii

Antara perkara yang saya lakukan in the mean time adalah;
  1. Buat kira-kira
  2. Tanya pendapat family & teman-teman
  3. Observe & nilai skillset diri sendiri
  4. List pros & cons
  5. Take a deep breath. Penting ni.hihihi
Sehingga tiba masa keputusan dibuat, adakalanya masih lagi rasa macam imbalance feeling. Maka waktu inilah waktu yang paling penting untuk yakin pada Allah. Yakin pada kebaikan yang ingin Dia beri. As a hamba, kita memang terbatas untuk melihat kedepan dan apa yang bakal berlaku. Tapi apa yang kita boleh buat at the present is put our trust in Him & tawakal. We already put our efforts and take many things into account so the rest of it, belongs to Allah. It's either the journey is going to be bad or something else, let go of that thought.

Every path has their own circumstances that we need to face. This is the reality. Kita ada pilihan untuk memilih pilihan yang kurang risiko but there's still a test or risk that we need to face. At the end is about how do we overcome the problems, the test. This or that, both have their pros and cons. This or that, both have their hard. Choose your hard. 

The answer to istikharah is when you have already chosen an answer & redha.






Comments

Popular posts from this blog

Cerita Budak 2 Pointer

Further study: Master Degree - Part 2